Penguasa Kastam Gred W41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab.: Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja Malaysia
Tugas
Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan. SUMBER
Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41
Contoh Panggilan Menduduki Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 |
Format Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41
Pengetahuan Am:
Pengetahuan luas dalam isu-isu semasa di luar negara amnya dan dalam Malaysia khasnya. Anda perlu peka terhadap perkembangan isu semasa yang sedang hangat diperkatakan di media massa.
Daya Menyelesaikan Masalah:
Menguji kemahiran penaakulan terutamanya dari segi Matematik anda.
Ujian Psikometrik:
Menguji keperibadian dan sahsiah diri anda. Anda seharusnya jujur dalam menjawab soalan dan tonjolkan imej serta peribadi positif anda.
Contoh Soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41
Saya Mahu Panduan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41
Tiada ulasan:
Catat Ulasan